Nasionalpilihan

12 individu dikompaun kerana lakukan solat Jumaat

SEBANYAK 12 individu dikenakan kompaun kerana berkumpul untuk mengadakan solat Jumaat di sebuah rumah kedai di Taman Nirwana Ampang, hari ini.

Difahamkan, kesemua mereka iaitu enam lelaki tempatan dan enam lagi warga asing ditahan dalam serbuan yang dibuat kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua individu berumur lingkungan 23 tahun hingga 60 tahun.

“Mereka juga merupakan adalah kakitangan pekerja syarikat di situ.

“Siasatan awal mendapati premis ini merupakan pejabat bagi syarikat pembersihan, kawalan keselamatan dan urusan kargo atas tiga buah syarikat berlainan milik warga tempatan,” katanya.


Gambar ihsan IPD Ampang Jaya

Menurut Mohamad Farouk, kesemua individu terbabit didapati melakukan kesalahan berkumpul dan tidak menjaga penjarakan fizikal serta mengadakan aktiviti yang tidak dibenarkan sebagaimana Peruntukan Peraturan 17 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempat-Tempat Jangkitan.) (No.3) 2021.

Jelasnya, pemilik syarikat dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 dan RM1,500 manakala warga tempatan yang lain dikenakan kompaun RM1,500 dan kesemua warga asing terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, orang ramai diingatkan agar tidak melanggar S.O.P PKP yang telah berkuatkuasa agar matlamat kerajaan untuk memutuskan rangkaian penyakit covid-19 dapat dilaksanakan. Orang ramai yang tidak ada urusan mustahak dikehendaki duduk dirumah. -SM

Gambar ihsan IPD Ampang Jaya
(Visited 207 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button