Nasional

Video semburit: Tiada tuduhan terhadap Haziq, pengedar video lucah?

KENYATAAN Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bahawa pihaknya tidak akan membuat apa-apa pertuduhan kepada mana-mana pihak berhubung video intim yang dipercayai yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet menimbulkan beberapa persoalan.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mempersoalkan, ada atau sebarang tindakan lanjut ataupun tuduhan jenayah terhadap pihak yang telah mengaku salah kerana terlibat dalam adegan seks sejenis itu.

“Sama ada di bawah Seksyen 377A, 377B ataupun 377D Kanun Keseksaan iaitu berkaitan jenayah “seks di luar tabi’i” mahupun di bawah jenayah konspirasi’ di bawah Seksyen 120A Kanun Keseksaan.

“Dan boleh dihukum di bawah 120B Kanun Keseksaan dan atau “fitnah jenayah” di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” tanya Mohamed Haniff Khatri.

Pada 12 Jun tahun lalu, bekas Ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz mengaku bahawa dia ialah salah seorang lelaki dalam video seks sejenis yang tular.

Video itu menimbulkan kegemparan seluruh negara kerana Haziq turut menamakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai pasangannya.

Sementara itu, Mohamed Haniff Khatri turut menimbulkan persoalan sama ada pihak yang menyebarkan video itu akan didakwa atau tidak.

Adakah apa-apa tindakan lanjut ataupun tuduhan jenayah yang akan dibawa terhadap pihak yang telah cipta dan tular Video bagi tujuan mengedarkan kandungan lucah ke masyarakat umum

“Kerana ianya boleh mendedahkan pihak-pihak terbabit kepada pertuduhan jenayah yang berpadanan, antara lain  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” kata Mohamed Haniff Khatri.

Menurut Mohamed Haniff Khatri  persoalan yang dibangkit beliau wajib di jawab supaya isu video seks sejenis ini dapat diselesaikan secara menyeluruh dan muktamad.

Ia agar tidak menampilkan mana-mana persoalan lanjutan mahupun persepsi negatif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas hari ini mengumumkan pihaknya tidak akan membuat apa-apa pertuduhan pada mana-mana pihak berhubung video intim yang dipercayai yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.

Thomas berkata, siasatan telah dijalankan di bawah seksyen 377B dan 377D Kanun Keseksaan berikutan daripada beberapa laporan polis yang dibuat beberapa individu yang berbeza mengenai video tersebut.

CyberSecurity Malaysia juga telah menyimpulkan walaupun video video itu dianggap tulen, pengecaman wajah tidak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman video rendah.

Dalam kenyataan itu, Tommy menegaskan, PDRM juga gagal untuk mengenal pasti individu individu terbabit dalam video tular itu disebabkan resolusi rendah dan kualiti video serta rangka tidak jelas yang membawa kepada dapatan tidak konklusif.-SM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button