fbpx
NasionalUncategorized

11 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini

SEBANYAK 11 kes baru direkodkan hari ini yang melibatkan 10 penularan kes tempatan dan satu kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 10 kes penularan di dalam negara itu, enam ialah bukan warganegara manakala empat lagi warga tempatan.

“Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara melibatkan satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Putrajaya dan kemudian dipindah ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

“Tiga lagi kes di Sarawak iaitu kontak kepada kes positif COVID-19 (ke-8453). Mereka adalah ahli keluarga kepada kes ke-8453,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, terdapat 333 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini yang melibatkan 307 kes adalah bukan warganegara dan 26 kes di kalangan warganegara.


Jelasnya, jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,733 kes atau 90.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tambahnya, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini dan jumlah kes kematian COVID-19 adalah kekal sebanyak 121 kes. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button