fbpx
SukanUncategorized

Inilah masanya kami menang EPL – Salah

PEMAIN Liverpool, Mohamed Salah mengakui pasukannya, Liverpool semakin hampir untuk menjadi juara Liga Premier Inggeris.

Liverpool pada perlawanan menentang Crystal Palace semalam berjaya mengutip mata penuh selepas menang 4-0.

Kesemua gol dijaringkan oleh Trent Alexander-Arnold, Salah, Fabinho and Sadio Mane.

Liverpool kini sedang menunggu perlawanan melibatkan Manchester City menentang Chealse di Stamford Bridge pada Khamis.

BACA> AirAsia catat jualan harian tempat duduk tertinggi, 41,000

Jika Manchester City gagal menandingi Chelsea, ini bermakna juara liga akan jatuh ke tangan Liverpool sekaligus menamatkan 30 tahun kemarau menjuarai liga.


Salah berkata dia sudah tidak sabar untuk membawa pasukannya menjuarai liga apatah lagi itu adalah matlamatnya sepanjang berada di Liverpool.

“Sejak saya datang ke sini (Liverpool), saya sudah menyimpan hasrat untuk menjadi juara liga bersama pasukan.

“Lagipun sudah terlalu lama pasukan ini tidak menjadi juara liga dan kali ini adalah masa yang paling sesuai,” katanya seperti dilaporkan Sportskeeda.com.

BACA> Tiket tren, ETS perjalanan 1 – 14 Julai mula dijual hari ini — Suara Merdeka

Menurut Salah, tahun lalu memang mereka berpeluang untuk menamatkan kemarau juara liga tetapi Manchester City bermain lebih baik dan layak untuk menang.

Kemenangan Liverpool ke atas Palace merupakan kemenangan ke 28 pasukan itu daripada keseluruhan 31 perlawanan liga setakat ini.

“Kami bermain dengan baik hari ini dan saya sendiri sudah tidak sabar untuk beraksi dalam dua perlawanan lagi.

“Saya rasa semua pemain sudah mempunyai mora dan motivasi yang tinggi untuk beraksi dengan baik bagi menjuarai liga,” jelasnya. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button