fbpx
Nasional

10,902 masih dalam kuarantin, 289 ingkar arahan PKP – Ismail Sabri

SERAMAI 10,902 individu yang baharu pulang dari luar negara masih menjalani perintah kuarantin di semua pusat kuarantin.

Malah sehingga 18 November, seramai 70,939 orang yang pulang ke tanah air melalui pintu sempadan antarabangsa ditempatkan di hotel dan institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta.

Daripada jumlah tersebut, 10,498 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 404 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan 60,037 lagi pula dibenarkan pulang.

“Sejak 24 Julai sehingga 18 November 2020, seramai 70,939 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

“Kesemua telah ditempatkan di 73 Hotel dan 22 ILA, serta Institut Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.


“Mereka telah pulang dari 36 negara seperti dari Timur Tengah Iran, Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.

“Dari Afrika seperti Ehiopia dan Mesir, dari Eropah United Kingdom (UK), Sepanyol, Perancis dan Turki.

“Dari Asia Tenggara, Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos, Brunei dan Timor Leste, sementara Asia Pasifik Australia, Papua New Guinea dan New Zealand.

“Rakyat Malaysia dari negara lain seperti India, Maldives, Pakistan, Nepal, Bangladesh, China, Taiwan, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).”

Kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Bersyarat (PKPB) hari ini.

Dalam kenyataan sama, beliau turut memaklumkan sebanyak 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan termasuk seorang penyeludup dan merampas sembilan kenderaan darat.

Kesemua mereka itu ditahan dalam Operasi Benteng yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Selain itu, Ismail Sabri turut memaklumkan 289 individu ditahan pihak polis atas kesalahan ingkar arahan PKP.

“Daripada jumlah itu, seramai 277 individu telah dikompaun manakala 11 individu pula direman dan seorang dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (108), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (59), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (51), rentas negeri atau daerah PKPB tanpa kebenaran (38) dan lain-lain (33),” katanya. – SM

(Visited 46 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button