JenayahNasional

Mayat lelaki ditembak lebih 10 das ditemukan di parkir kondo mewah

Mangsa ada rekod jenayah lampau

MAYAT seorang lelaki  dipercayai ditembak lebih 10 das ditemukan di tempat parkir kereta sebuah kondominium mewah di Jalan Baru, Bukit Mertajam, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tembakan membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun pada pukul 9.30 malam sebelum sepasukan polis ke lokasi kejadian.

“Mayat lelaki  itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di tingkat tiga kawasan parkir tersebut.

“Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak mangsa adalah lebih daripada seorang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, setakat ini polis menjumpai 12 kelongsong peluru di lokasi kejadian namun jumlah das tembakan yang terkena tubuh mangsa masih disiasat.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan itu bermotifkan dendam berikutan mangsa mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

Shuhaily berkata, siasatan mendapati lelaki itu tinggal di kondominium mewah tersebut sejak lima bulan lepas dan pihaknya akan mendapatkan rakaman kamera liter tertutup (CCTV) di sekitar lokasi bagi membantu siasatan.

Katanya lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

“Usaha mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya sambil menambah, berdasarkan siasatan, mangsa turut dikehendaki polis. – SMTop of Form

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button