fbpx
Nasional

101 kes baharu Covid-19, empat kluster baharu

JANGKITAN Covid-19 terus meningkat dengan 101 kes baharu dikesan menjadikan keseluruhan kes aktif di Malaysia meningkat 1062 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 97 kes baharu adalah jangkitan tempatan dan empat kes lagi adalah kes import.

Sabah mencatatkan kes tertinggi iaitu 73 diikuti Selangor sebanyak 15 kes.

Menurut Dr. Noor Hisham sebanyak 17 kes tempatan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.  Ia melibatkan Selangor  9 kes;  Kuala Lumpur (1);  Kelantan (1) Kedah (1), Melaka (1),  Perak (1) P. Pinang (1) Perlis (1) dan  Putrajaya (1).

Kluster yang mencatatkan pertambahan kes adalah Kluster Bangau-Bangau, Sabah (51), Kluster Benteng LD, Sabah (2) Kluster Kuarters, Sabah (2) dan Kluster Jalan Apas, Selangor (1).


Sebanyak empat kluster baharu dikesan iaitu Kluster Jalan Bomba, Sandakan melibatkan 3 kes; Kluster Jalan Utara, Sandakan (2 kes) Kluster Benteng PK, Selangor (1 kes) dan Kluster Bakawali, Johor (2 kes).-SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button