Hiburan

Amir Asnaf jelaskan lakonan adegan panas

Bintang baru yang semakin meningkat naik, Amir Ahnaf, memohon maaf kepada semua peminatnya secara terbuka kerana melakonkan aksi panas dalam drama ‘Syurga itu Tidak Mudah’.

Menurut Amir, dia sedar bahawa adegan tersebut menyentuh sensitif rakyat Malaysia yang dianggap berbau lucah dalam drama tersebut.

Amir dan Anna Jobling

‘’Saya sedar itu menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. Saya akui silap dan mohon maaf atas apa yang berlaku.’’

‘’Saya akan perbaiki lagi dalam naskah akan datang dan perkara sama tidak akan berulang lagi.

Amir juga menjelaskan pada awalnya dia tidak tahu skrip cerita tersebut bagaimana kerana mempunyai banyak draff

‘’Saya tak tahu skrip macammana, mereka ada banyak draf cerita kan, apa yang saya tahu, tajuk cerita Syurga Bukan Mudah jalan ceritanya dan pelakon-pelakon.

Pelakon sensasi itu juga menegaskan bahawa pada awalnya dia sendiri berat untuk melakukan babak panas tersebut namun dia terpaksa kerana sudah menandatangani kontrak.

Keluarganya juga memahami tentang adegan tersebut kerana sebahagian dari kerja malahan diambil dengan ‘cheat shoot’ bukannya benar berlaku seperti yang ditularkan oleh netizen.

Terdahulu Amir menjadi bahan kecaman netizen selepas klip adegan yang dianggap berbau lucah dalam drama tersebut tular di media sosial. – SM

Artikle Berkaitan ;>

 

Amir Ahnaf segera tinggalkan pentas, elak ‘disedut geli-geli’ (BJ) wartawan?

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button