Hiburan

Shiela Majid akui pernah mohon petunjuk dari tuhan sama ada berhenti menyanyi atau teruskan

Penyanyi genit Datuk Shiela Majid atau lebih dikenali sebagai Ratu Jazz akui pernah berdoa kepada tuhan memohon diberikan pertunjuk dalam kerjayanya sama ada berhenti atau teruskan.

Datuk Shiela Majid 

Sheila atau nama sebenar, Shaheila Abdul Majid berkata, pernah terfikir untuk berhenti menyanyi disebabkan faktor Covid-19 dan industri muzik di Malaysia semakin merudum.

“Bila saya berdoa saya selalu cakap, Ya Allah jika kerjaya ini tidak berkat dan tidak redha, tolong buka pintu rezeki lain buat saya.

“Tapi yang ini, lebih banyak tawaran demi tawaran saya terima malah Indonesia yang menawarkan lebih banyak persembahan.” Katanya semasa sesi sidang media di Kuala Lumpur selepas selesai Konsert Shiela Majid Big Band di Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Walaupun usianya sudah 57 tahun, dia memaklumkan tidak merancang untuk bersara dari bidang seni yang sudah diceburi hampir empat dekad lalu dalam tempoh terdekat ini kerana masih cintakan kerjaya itu.

Seramai 3 ribu penonton membanjiri Dewan Merdeka untuk menyaksikan kelincahan penyanyi tersebut, rata-rata penonton yang hadir sangat terhibur sehinggakan ada menari bersama dalam dewan itu.

Konsert Shiela Majid Big Band di WTCKL

Sheila juga bersyukur kerana konsert itu berjaya dan mendapat sambutan hebat dari peminat lama termasuk kalangan dari golongan muda.

 

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button