Ekonomi

SNS Network bekalkan iPad kepada Kumon

IPOH 20 Mac – SNS Network Technology Berhad (SNS) , penyedia sistem dan penyelesaian ICT, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuh Syarikat, SNS Network (M) Sdn. Bhd, telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Kumon Education (Malaysia) Sdn. Bhd. (Kumon Malaysia) untuk membekalkan produk dan aksesori Apple iPad kepada pelajar dan ibu bapa Kumon Malaysia.

Kumon Malaysia adalah sebahagian daripada program pengayaan selepas sekolah terbesar yang ditubuhkan di dunia dengan lebih 4 juta pelajar kini mendaftar di 50 negara dan wilayah. Perjanjian kerjasama itu meliputi lebih 200 pusat pembelajaran Kumon dan boleh memanfaatkan lebih 37,000 pelajar di Malaysia.

Baca juga PAT SNS Network Technology catat kenaikan 35.5 peratus

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, SNS akan mencipta dan menyelenggara portal yang boleh diakses oleh ibu bapa dan pelajar Kumon Malaysia sambil turut melaksanakan semua perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan produk dan aksesori Apple iPad.

Pengarah Urusan SNS, Ko Yun Hung berkata, kerjasama ini membolehkan Kumon Malaysia mendapat akses kepada rangkaian produk dan aksesori Apple yang ditawarkan oleh SNS dengan cara yang lancar dan juga membolehkan kami berkhidmat dan berkomunikasi dengan lebih baik dengan ibu bapa dan pelajar melalui portal.
“Produk ini akan memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar selepas sekolah, memberikan mereka akses kepada alatan untuk merangsang minda mereka dan membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain.” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumon Malaysia, Atsushi Hasegawa berkata, pembekalan produk dan aksesori iPad melalui kerjasama dengan SNS adalah sebahagian daripada ciri Kumon Connect yang dilancarkan pada Januari 2023 untuk menggalakkan pelajar menikmati proses pembelajaran bersama-sama dalam talian.

“Kami percaya bahawa pembelajaran digital semakin menjadi bahagian penting dalam keseluruhan proses pembelajaran untuk pelajar dan kami ingin mereka memulakan permulaan yang baik,” katanya. – SM

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button