Nasional

Agong, Raja Permaisuri pakai riben hijau

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memakai riben hijau sempena memperingati Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020, yang jatuh pada 10 Oktober setiap tahun.

Riben hijau tersebut dipakaikan oleh anakanda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan merupakan Penaung Antarabangsa untuk Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 setelah menerima  setelah menerima undangan dari Gabungan Badan-Badan Kesihatan Mental Sedunia baru-baru ini.

Riben hijau merupakan simbol kesihatan mental antarabangsa. Ia juga sebagai tanda sokongan untuk kesedaran terhadap kesihatan mental dan penyebab kesihatan mental serta untuk membantu membina solidariti bagi komuniti kesihatan mental.

Dalam perutusannya sebagai Penaung Antarabangsa, Tengku Puteri Iman Afzan mengajak rakyat dan kerajaan di seluruh dunia untuk bersatu dalam usaha memartabatkan kesihatan mental kerana ianya merupakan tanggungjawab semua.

Katanya, meluangkan masa dan memberi perhatian, sokongan, kasih sayang serta belas kasihan di antara kita amatlah penting untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan mental yang lebih baik.

Tengku Puteri Iman Afzan menjadi penaung sehingga bulan Oktober 2021.

Pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan sebagai Penaung Antarabangsa merupakan bukti usaha murni Malaysia dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, cara-cara perawatan dan cabaran polisi.

Komitmen Malaysia telah diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain.

Hari Kesihatan Mental Sedunia mula disambut pada 1992 dan diperkenalkan oleh Gabungan Badan-Badan Kesihatan Mental Sedunia dengan tema yang berbeza.
Definasi kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, bekerja secara produktif serta mampu menyumbang kepada masyarakat.
Ini bermaksud jika kesihatan mental terjejas, sedikit sebanyak ia akan turut menjejaskan fungsi hidup seseorang individu .-SM
(Visited 383 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button