Nasional

1.5 juta dos vaksin diberi dalam tempoh 3 hari

Malaysia mencatatkan pemberian 1.5 juta dos vaksin dalam tempoh tiga hari sejak Isnin lalu selepas berjya merekodkan pemberian lebih 500,000 dos setiap hari.

Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaporkan pemberian suntikan harian sebanyak 552,701 semalam. Ia melibatkan 353,771 dos pertama dan 198,930 bagi dos kedua.

Selangor mencatatkan pemberian dos harian tertinggi semalam iaitu 57,792 dos pertama dan 49,876 dos kedua.

Terkini 18.946 juta dos vaksin telah diberikan melibatkan 12.841 juta dos pertama dan 6.104 juta dos kedua.

Sejumlah 54.9 peratus orang dewasa di Malaysia telah mendapatkan dos pertama dan 26.1 peratus lagi lengkap mendapat kedua-dua dos.

Tertinggi populasi dewasa menerima dos pertama adalah Labuan iaitu 90.6 peratus, Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (85.5 peratus). Sarawak (82.5 peratus), Negeri Sembilan (58.8 peratus) dan Pulau Pinang (51.1 peratus).-SM

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button