Nasional

Penumpang bas wanita dikompaun tidak imbas MySejahtera

SEORANG penumpang bas dikompaun kerana gagal mengimbas kod QR MySejahtera walaupun telah dinasihatkan oleh pemandu bas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Annas Sulaiman berkata, pihaknya sebelum itu telah mengesan satu hantaran di media sosial bersama imej yang mendakwa polis bersikap tidak adil terhadap wanita tersebut.

“Semalam, Tim Pematuhan SOP PKPB telah membuat rondaan di Terminal Bersepadu Selatan.

“Semakan telah dibuat ke atas bas mendapati seorang wanita hanya membuat imbasan Kod QR MySejahtera sewaktu di perhentian Terminal Bersepadu Selatan.

“Wanita itu bagaimanapun tidak tidak mengimbas sekali lagi Kod QR MySejahtera sewaktu hendak menaiki bas tersebut walaupun telah dinasihatkan oleh pemandu bas tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Annas, setelah membuat pemeriksaan didalam bas yang dinaiki, kita telah mengeluarkan kompaun kepada wanita tersebut kerana telah melanggar SOP Pengangkutan Awam yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Ujarnya, pada masa yang sama terdapat beberapa orang penumpang lain di dalam bas tersebut dan pemeriksaan mendapati kesemua mereka telah mengimbas Kod QR MySejahtera seperti yang diminta oleh pemandu bas tersebut.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan kerajaan menerusi MKN,” katanya. -SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button