fbpx
Nasional

Selepas Ozil dan Khabib, Sonny Bill Willams zahir sokong Uighur

AUCKLAND – Selepas pemain Arsenal, Mesut Ozil dan juara dunia UFC, Khabib Nurmagomedov menyatakan sokongan terhadap etnik Uighur, terkini pemain ragbi New Zealand  Sonny Bill Williams pula bersama meratapi kezaliman yang dilakukan kerajaan China terhadap etnik minoriti Islam itu.

Bekas pemain ragbi New Zealand itu menyatakan dalam laman sosial media: “Adalah sedih apabila kita memilih manfaat ekonomi berbanding kemanusiaan,” pesanan yang menyusul daripada laporan bahawa China telah mengepung dan menahan sebahagian besar kaum etnik Uighur.

Pada 13 Disember, Ozil memuat naik satu hantaran di Twitter dan Instagram yang mengangkat etnik Uighur sebagai pahlawan yang berjuang menentang kezaliman selain menyelar umat Islam yang berdiam diri atas penindasan yang berlaku.

“Turkestan Timur, luka berdarah pada Ummah, menentang penindas yang cuba untuk memisahkan mereka daripada agama mereka. Mereka membakar Quran,”.

“Mereka menutup masjid mereka. Mereka melarang bersekolah. Mereka membunuh ulamak. Kaum lelaki dipaksa ke kem dan keluarga mereka dipaksa hidup dengan lelaki China.


“Kaum wanita dipaksa berkahwin dengan lelaki China. Namun orang Islam berdiam diri. Mereka (Orang Islam) tidak bersuara. Mereka (Orang Islam) meninggalkan mereka. Tidakkah mereka tahu bahawa dengan bersetuju terhadap penganiayaan itu ada penganiayaan?” Kata Ozil.

Susulan hantarannya itu, ‘kelibatnya’ dikeluarkan daripada pasukan Arsenal dalam permainan video Pro Evolution Soccer (PES) 2020 versi China, kerana didakwa membuat kenyataan “melampau” , “melukakan perasaan peminat China dan melanggar semangat kasih sayang dalam sukan”.

Terbaru, juara dunia UFC, Khabib Nurmagomedov memuat naik di Insta-storynya petikan video yang memaparkan sejarah kaum Muslim Uighur, berserta keterangan: “Ya Allah, berilah kemudahan untuk para saudara kami, Uighur”.

Etnik Uighur dilaporkan ditindas oleh kerajaan China dengan sebuah kem didirikan untuk menahan etnik beragama Islam tersebut.-SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button