Nasional

Covid-19: 28 kes baharu di Malaysia hari ini

NEGARA terus menerima ancaman wabak Coronavirus (Covid-19) apabila 28 kes terbaharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan menjelaskan, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, jumlah mangsa penularan wabak itu meningkat keseluruhan kepada 83 orang.

Menurutnya lagi, kesemua mereka merupakan kenalan rapat kepada pesakit terdahulu serta kumpulan daripada misi bantuan kemanusiaan.

[BACA ARTIKEL] PM hargai semua terlibat tangani Covid-19 — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] COVID-19: Wisma Felcra ditutup, kakitangan kerja dari rumah — Suara Merdeka

Bagaimanapun, siasatan terhadap identiti dan pencarian kenalan rapat bagi mengenalpasti jangkitan masih lagi dijalankan.

“65 daripada mereka adalah warganegara sementara 15 lagi adalah dari China, Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Itali.

“Kini, seramai 956 kenalan rapat dikenalpasti. Dalam pada itu, 258 merupakan kenalan rapat kepada kluster kes ke-26 dan sampel diambil untuk diuji,” katanya.

NOOR HISHAM ABDULLAH

Tambah kenyataan itu, 18 daripadanya disahkan positif Covid-19, 70 lagi pula negatif. Tetapi, diarahkan kuarantin selama 14 hari dalam pemantauan di rumah.

[BACA ARTIKEL] Ribuan warga Thai pulang dari dua kawasan Korea Selatan jalani kuarantin 14 hari — Suara Merdeka

Sementara 170 orang lagi masih menunggu keputusan ujian. Namun, mereka juga dikuarantin dan dipantau.

Kementerian juga menjalankan pemantauan bagi mengesan penularan Covid-19 melalui pengesanan pesakit wabak penyakit seperti influenza (ILI) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

“Individu yang pulang daripada negara terjejas turut dikenalpasti. Justeru, tiada kes penyembunyian penyakit (sporadis) dikesan ketika proses pemantauan dilakukan,” jelasnya.

Sehingga kini, lebih 99,853 kes jangkitan Coronavirus di seluruh dunia dikesan melibatkan kematian seramai 3,401 orang.

[BACA ARTIKEL] SJMC tutup sementara ER ambil langkah pembersihan bendung Covid-19 — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] COVID-19: Sistem ‘autogate’ di pintu masuk negara ditutup sementara — Suara Merdeka

Bagaimanapun, 55,444 (56.16 peratus) pesakit dilaporkan sembuh daripada wabak berkenaan. – SM

(Visited 559 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button