Nasional

Kerajaan Negeri Selangor runding dengan pengeluar telur

MASALAH bekalan telur ayam yang dilaporkan sukar diperoleh sejak kebelakangan ini membuatkan Kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan proaktif dengan mengadakan rundingan dengan pengeluar telur ayam di negeri itu.

Ini adalah sebagai usaha menurunkan harga telur ayam di bawah harga pasaran dan juga sebagai persediaan bekalan sehingga sambulan Aidilfitrir pada Mei nanti.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim, pelbagai kaedah sedang diusahakan bagi membantu pengeluar telur ayam termasuk sewaan tapak dan makanan ternakan dalam memastikan harga telur ayam dapat diturunkan.

“Kita mahu memastikan harga telur ayam berada pada tahap betul-betul rendah, bawah harga siling yang ditetapkan kini.

“Di Selangor setakat ini, bekalan tidak berkurang sangat tetapi harga yang agak tinggi,” katanya.

Beliau berkata, dalam minggu ini, harga telur ayam mengikut gred akan selesai ditetapkan sebelum dipasarkan dalam Program Intervensi Harga Makanan Ehsan bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) seperti dilaporkan Bernama.

Dalam pada itu, Izham berkata, pihaknya juga mula menambah bekalan ikan dan daging lembu untuk dipasarkan di bawah harga siling di dua outlet PKPS iaitu Pasar Borong Selangor dan Wisma PKPS.

Katanya, insentif itu akan diperluaskan ke seluruh negeri luar Selangor daripada outlet PKPS supaya lebih ramai pengguna mendapat manfaat daripada harga yang rendah menerusi program berkenaan. – SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button