Politik

Zahid, Najib antara 4 nama calon PM UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, 68, dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 68 antara empat nama calon UMNO untuk menjadi perdana menteri ke-9.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga merupakan nama yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ya, empat nama ini akan diserahkan oleh pucuk pimpinan parti yang menghadap Seri Paduka di Istana Negara hari ini,” kata sumber UMNO yang layak dipercayai kepada Utusan Malaysia pagi ini.-SM

 

(Visited 2,240 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button