Politik

10 MP UMNO sokong Anwar: Sumber mana kamu petik? – Fahmi

PENGARAH Komunikasi Strategik Parti Keadilan Rakyat Fahmi Fadzil mempersoalkan berita Awani bertajuk 10 Ahli Parlimen UMNO sokong Anwar termasuk Najib dan Zahid – Sumber’.

Fahim yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mempersoalkan sumber yang diperoleh oleh protal berita tersebut dalam laporan berita kononnya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat ‘nafas’ baharu’ untuk membentuk kerajaan apabila mendapat sokongan 10 Ahli Parlimen (MP) UMNO.

Portal itu melaporkan antara yang menyokong Anwar untuk mengambil alih kerajaan termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (Ahli Parlimen Pekan) dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Ahli Parlimen Bagan Datuk).

“Sumber” mana pulak yg kamu petik ni, Awani. Bagaimana kamu boleh menulis berita berdasarkan sumber yang tidak disahkan dan tidak dikenalpasti?” tanya Fahim.

Dalam laporan itu, Awani melaporkan, sumber tersebut menamakan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai menyokong Anwar.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah dan Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria turut tersenarai.

Menurut Awani, sumber tersebut juga berkata, selain Ahli Parlimen UMNO, Anwar juga dikatakan mendapat sokongan dua ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa ahli Parlimen yang dahulunya bersama-sama dalam parti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum itu, portal itu melaporkan Ahli Parlimen Port Dickson itu dikatakan sudah mempunyai 113 sokongan ahli Parlimen dalam bentuk akuan bersumpah (SD).

Seorang pegawai menteri memberitahu, usaha terbaharu Anwar itu bukan sekadar khabar angin.

“Dengarnya usul itu akan cuba digerakkan sebelum Dewan Rakyat tamat pada Khamis depan (17 Disember 2020).

“Berkemungkinan Anwar akan umum perkara ini esok atau lusa. Tetapi kami dengar ia akan berlaku sewaktu ‘3rd reading Budget’ (Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021), hari Selasa. Heard this time with SDs (kali ini dengan SD),” katanya ketika dihubungi Astro Awani.-SM

(Visited 621 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button