Teknologi

YTL Communications berkolaborasi dengan Shopee menerusi YES DATABACK

Dengan hanya menggunakan Shopee, pelanggan boleh menikmati data percuma YES 5 gigabait (GB) dengan setiap RM50 yang mereka belanjakan di platform e-dagang tersebut.

Hal ini berikutan YTL Communications bekerjasama dengan Shopee dalam melancarkan kerangka inisiatif ‘YES Kasi Up’ yang dikenali YES DATABACK.

YES DATABACK merupakan sebuah program penebusan data internet percuma untuk setiap perbelanjaan atau pembelian yang dibuat menerusi platform rakan niaga, Shopee.

Pelanggan boleh menerima sehingga 100GB pada setiap bulan dengan inisiatif ini yang hanya ditawarkan secara eksklusif menerusi Shopee.

Data percuma ini akan ditawarkan dalam bentuk baucar yang dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pengguna dan tempoh sah laku baucar adalah sehingga 4 bulan dari tarikh dikeluarkan.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Yeoh Seok Hong, “Selain daripada data percuma yang ditawarkan, YES turut menyediakan paket YES Kasi Up Prabayar 15 dengan harga RM15 sebulan dan dilengkapi dengan 10GB data dengan tempoh sah 30 hari, dengan hanya RM1 bagi pembeli kad SIM YES kali pertama di Shopee.”

Katanya lagi ketika majlis pelancaran YES DATABACK secara maya beberapa hari yang lalu, pek kad SIM tersebut akan dihantar terus ke depan pintu rumah buat pengguna Shopee tanpa sebarang caj.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee; Ketua Shopee Mall Malaysia, Kenneth Soh dan Pengarah Eksekutif YTL, Datuk Yeoh Soo Keng merupakan antara individu yang hadir pada hari pelancaran tersebut.

“Pengalaman digital yang semakin giat membangun menerusi pengalaman beli-belah pengguna sejak beberapa tahun ini memerlukan para peniaga berpandangan jauh ke hadapan untuk memenuhi jangkaan pengguna dalam ruang digital,” kata Seok Hong.

“Misi kami untuk membantu mendigitalkan negara menerusi penawaran produk berpatutan menerusi inisiatif Kasi Up.

“Kerjasama dengan Shopee yang menawarkan data kembali kepada pelanggan ketika mereka membeli barang keperluan harian mereka adalah ungkapan selanjutnya dari falsafah Kasi Up. Kami akan membantu rakyat Malaysia menyertai langkah pendigitalan ekonomi

“Ketika ini YES memiliki 1.3 juta pelanggan dan dengan Kasi Up, kami menjangkakan pertumbuhan pantas jumlah pelanggan baharu pada masa depan disokong penawaran produk pada harga lebih rendah dan kepantasan internet yang diperakui,” katanya.

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button