fbpx
NasionalUncategorized

Thaipusam: Kita kekalkan sahaja tradisi ini, Kita 1Malaysia – Najib  

28 Januari sambutan perayaan Thaipusam

DATUK Seri Najib Razak membuat hantaran di Facebook miliknya kira-kira tiga jam lalu yang menyentuh tentang perayaan Thaipusam yang mana umum ketahui, perayaan ini penting bagi masyarakat India di Malaysia.

Menerusi hantarannya, Najib mencatatkan bahawa negeri-negeri di seluruh Malaysia sudah berpuluh tahun mengisytiharkan perayaan Thaipusam ini sebagai hari cuti.

Menurut catatan Najib lagi, walaupun perayaan Thaipusam tahun ini terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada pandangan beliau, tiada perlunya untuk membatalkan hari cuti sebab keluarga kaum India masih boleh meraikannya di rumah masing-masing.

“Saya tidak melihat sebarang keperluan untuk membatalkan cuti hari Thaipusam susulan pengumuman kerajaan Kedah semalam yang membatalkan cuti itu susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0,” ujar Najib.

Bekas perdana menteri itu turut mengingatkan bahawa perayaan Thaipusam antara perayaan terpenting bagi kaum India dan sempena dengan sambutan perayaan itu, ia sebagai hari cuti.


“Walaupun perayaan tahun ini terkesan akibat PKP, tiada perlunya untuk membatalkan hari cuti.

“Kita kekalkan sahaja tradisi ini. Kita satu Malaysia,” kata beliau.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kedah membatalkan cuti untuk Thaipusam bagi tahun ini susulan pembatalan semua aktiviti bersempena Thaipusam kerana pelaksanaan PKP.

Setakat ini, hanya Kedah sahaja yang membatalkan Thaipusam sebagai cuti peristiwa tahun ini.

Pulau Pinang dan Selangor tidak berbuat demikian sungguhpun sambutan pelbagai acara bersempena Thaipusam dibatalkan kerana wabak Covid-19.

Tindakan Sanusi itu mengundang kritikan daripada pimpinan MIC antaranya Timbalan Presiden, M. Saravanan yang berkata, keputusan itu menyerlahkan sikap angkuh dan ketidak prihatinan terhadap penganut agama Hindu.

Beliau kesal Sanusi tidak mengadakan sebarang rundingan dengan pemimpin pusat MIC yang mewakili kaum India dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum membuat keputusan berhubung Thaipusam.

Sambutan Thaipusam tahun ini adalah pada 28 Januari. –  SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button