Teknologi

Touch ‘n Go akan keluarkan kad versi baru, apa fungsinya?

SEBELUM ini orang ramai menggesa pihak Touch ‘n Go (TnG) membolehkan tambah nilai kad dilakukan secara atas talian mengguna telefon pintar agar mereka tidak perlu mencari mesin tambah nilai atau premis yang menyediakan perkidmatan tambah nilai kad TnG.

Tetapi, perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana kad TnG tiada fungsi NFC iaitu pembaca kad khas.

Terkini, TNG Digital Sdn.Bhd mengumumkan akan melancarkan kad Touch ‘n Go versi baharu yang mempunyai teknologi NFC dalam beberapa minggu lagi.

Kad versi baharu ini dikatakan membolehkan orang ramai menambah nilai secara atas talian menggunakan aplikasi TnG eWallet.

“Kad Touch ‘n Go yang kami ada dalam edaran sejak 20 tahun lalu tidak mempunyai keupayaan untuk menambah nilai terus kad anda daripada e-SWallet kerana anda memerlukan pembaca kad khusus untuk benar-benar melakukan transaksi atas sebab-sebab keselamatan,” kata Ignatius Ong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG Digital Sdn Bhd.

Bagaimanapun, tarikh sebenar kad versi baru itu akan dilancarkan masih tidak dapat dipastikan. -SM

(Visited 297 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button