Teknologi

Instagram akan kenalkan ciri ‘likes’ pada ‘stories’ bagi kurangkan reaksi DM

KETUA Instagram, Adam Mosseri mengumumkan bahawa Instagram akan memperkenalkan ‘Private Story Likes’ untuk ciri ‘stories’.

Menurut laporan SoyaCincau, ciri itu akan membolehkan pengguna menyukai ‘stories’ orang lain tanpa perlu menghantar ‘Direct Message (DM)’ kepada mereka.

Buat masa sekarang, kita tidak dapat menghantar reaksi ‘suka’ kepada ‘stories’ orang lain seperti yang biasa dilakukan untuk posting gambar Instagram biasa.

Sebaliknya, kita boleh menghantar ‘tindak balas’ berdasarkan beberapa emoji popular termasuk emoji menangis, emoji ketawa, 100 emoji, emoji sedih dan emoji mata hati.

Setiap reaksi itu, walaupun cukup santai, tetap akan dihantar sebagai DM di Instagram. Ini bermakna DM kita boleh diisi dengan pemberitahuan reaksi sahaja dan bukannya diisi dengan respon yang ditaip.

“Jika anda melihat ‘stories’ orang lain, akan ada ikon hati di samping ikon kapal terbang kertas kecil, dan jika anda mengetiknya, pembuat ‘stories’ itu akan menerima tanda ‘suka’ yang dipaparkan pada ‘viewer sheet’ dan bukannya dalam senarai DM mereka,” kata Mosseri.

Dalam video yang dikongsikan oleh Mosseri, ia hanya menunjukkan cara kita menyukai ‘stories’ orang lain sahaja, dan tidak benar-benar menerangkan bagaimana rupanya apabila ‘stories’ kita sendiri mendapat tanda ‘suka’.

Walaubagaimanapun, kita dapat tahu siapa yang menyukai ‘stories’ kita dengan melihat pada ‘view sheet’ walaupun kita tidak dapat melihat bilangan tanda ‘suka’ yang diberikan mereka.

“Idea di sini adalah untuk memastikan orang ramai dapat menyatakan lebih banyak sokongan antara satu sama lain, tetapi juga membersihkan ruang DM sedikit.

“Saya agak teruja untuk melihat ciri itu berfungsi kerana ia sedang dilancarkan. Reaksi pada ‘stories’ agak memenuhi ruang DM saya di Instagram, tetapi mereka yang mempunyai akaun Instagram profesional mengatakan bahawa ia tidak begitu menjejaskan mereka. Jika ciri ini tidak berfungsi, saya ingin meminta bahagian berasingan untuk reaksi DM dan DM bertaip atau sekurang-kurangnya mempunyai penapis,” katanya. – SM

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button