ParlimenPolitik

YB belum sampai NGO sudah bantu dahulu

TIDAK dinafikan memang banyak organisasi bukan kerajaan (NGO) membantu masyarakat dan ada kalanya, lebih awal berbanding harapkan bantuan daripada wakil rakyat.

Oleh demikian, sumbangan NGO kepada masyarakat tidak wajar dipandang mudah dan mereka juga wajar diberikan bantuan oleh kerajaan.

Sebagai contoh, sepanjang penularan wabak pandemik Koronavirus (Covid-19) dan sebelum daripada itu lagi, banyak NGO membantu kerajaan dalam usaha membantu rakyat terjejas.

NGO juga dilihat kerap membantu masyarakat seperti membantu membina rumah orang susah, edar makanan, bina kemudahan secara bergotong-royong dan sebagainya.

“Saya berharap hubungan kita dengan NGO ini bertambah baik seperti mana dalam ucapan menteri yang hampir setiap hari mengucapkan terima kasih kepada NGO yang banyak membantu dalam gerak kerja kebajikan.”


Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan menggesa suatu peruntukan seperti geran diberikan kepada NGO yang selama ini memainkan peranan penting kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2021 Sabah dan meminta kerajaan negeri membantu NGO selaras dengan matlamat belanjawan, ‘Ke Arah Sabah Maju Jaya’.

Jelas beliau, NGO merupakan mata rantai kepada kerajaan, oleh itu sudah sampai masanya kerajaan membantu mereka. – SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button