Rencah Hidup

Yayasan Al-Moqni serah sediakan 10,000 Al-Quran untuk diwakafkan

Yayasan Al-Moqni Malaysia (YAMM) telah menyediakan lebih 10,000 naskah untuk diagihkan kepada masjid, surau dan sekolah-sekolah berasrama.

Turut disediakan ialah 1,000 naskah khas untuk pelajar tahfiz yang akan memulakan tadarrus bermula 1 Ramadan.

Pengerusi Yayasan Al-Moqni Malaysia, Firdaus Jaafar berkata, pihaknya telah menyediakan satu tabung wakaf Al-Quran khas kepada pewakaf yang mampu hanya memulakan sumbangan wakaf serendah RM10 satu nama.

“Dengan adanya tabung khas ini, lebih ramai lagi berpeluang untuk memulakan ibadah wakaf yang pasti dijanjikan pahala yang berpanjangan dari Allah SWT.

“Yayasan Al-Moqni Malaysia telah memilih Al-Quran cetakan siri ‘Raudhah’ terbitan Syarikat Sarjana Media, untuk lebih tepat, mudah dan menarik untuk dibaca


“Kita juga akan meletakkan nama pewakaf di dalam Al-Quran supaya orang yang membacanya boleh mendoakan pewakaf itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran wakaf Al-Quran di Queens College, Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Datuk Hassan Saad, Penasihat Pembangunan Yayasan Al-Moqni Malaysia.

Menurut Firdaus, di dalam setiap naskah Al-Quran, sebanyak lima nama akan diletakkan di dalam halaman.
Jelasnya, peluang ini juga boleh digunakan oleh pewakaf untuk melipat gandakan pahala mereka terutamanya ketika di bulan Ramadan.
Mereka yang ingin menyertai progrm wakaf ini boleh melayari laman web wakafquranperdana.com.
SM
(Visited 52 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button