Rencah Hidup

Sigma anjurkan Temasya Pendekar Maya 2021

Persatuan Guru-guru Silat Negeri Melaka – Silat Grandmasters Association of Melaka (SiGMA), Akademi Perantara dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka (JKKN) akan mengadakan Temasya Pendekar Maya 2021 secara dalam talian pada 10 Julai hingga 19 Ogos depan.

Sigma dalam satu kenyataan berkata, perkara itu bersesuaian dengan norma baharu bagi memastikan pelestarian seni silat dapat terus dilaksanakan meskipun dalam musim pandemik.

“Pengisian utama Temasya Pendekar Maya 2021 adalah Webinar Wacana Pendekar Maya yang akan membincangkan tentang Lestari Silat Masa Kini dengan ahli panel terdiri daripada Dr. Zainal Abdul Latiff, Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie; Prof. Dr. Azlan Ghanie dan Dr. R.A Huzaifah bin Dato’ R.H Hashim.

“Kesemua panel yang terlibat adalah individu yang cukup pakar dengan dunia persilatan dan mempunyai pengalaman yang luas termasuklah dalam ilmu berkaitan silat,” katanya.

Selain webinar, turut diadalah ialah Pertandingan Seni Silat Solo Kreatif pula terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu Kategori Seni Silat Solo Kreatif Cilik Tangan Kosong Tanpa Senjata (usia 12 tahun ke bawah), Kategori Seni Silat Solo Kreatif Remaja Tangan Kosong Tanpa Senjata (usia 13 hingga 17 tahun ) serta Kategori Seni Silat Solo Kreatif Dewasa Tangan Kosong atau bersenjata (usia 18 tahun ke atas).

Selain itu juga, pada Bengkel Silat secara dalam talian, Bengkel Senaman Tradisi secara dalam talian dan Demonstrasi Pembuatan dan Pemuliharaan Senjata Tradisi secara dalam talian.

Penjurian secara dalam talian Pertandingan Akhir Seni Bela Diri Kreatif akan bermula pada 14 Ogos 2021 yang akan disiarkan secara langsung pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.

Manakala Webinar Bengkel Senaman Tradisi secara dalam talian akan berlangsung pada 14 Ogos
2021 secara langsung pada jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.

Webinar Wacana Pendekar Maya pula pada 17 Ogos 2021 (Selasa), jam 10.00 pagi, Demonstrasi Pembuatan dan Pemuliharaan Senjata Tradisi secara dalam talian pada 14 Ogos 2021 jam 6.15 petang hingga 6.30 petang.

Program ini merupakan hasil inisiatif Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara membantu NGO Seni Budaya di musim pandemik melalui Skim Insentif Seni yang disalurkan kepada persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan setelah melalui proses tapisan.

Semua program ini adalah mengikut Garis Panduan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan dilaksanakan secara dalam talian dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Melalui program yang akan dilaksanakan ini, dapat membantu dan memberi suntikan semangat kepada para pengiat seni budaya untuk terus menghasilkan karya-karya yang berkualiti dan bergerak ke hadapan demi kelangsungan hidup.

Ini selaras dengan penggunaan teknologi digital yang merupakan pendekatan yang paling efektif dalam menyebarluaskan maklumat dan melaksanakan aktiviti seni budaya secara maya.

Kelebihan medium digital ini diharap mampu dimanfaatkan oleh pemain industri seni budaya. Kaedah ini merupakan cabaran baharu dan peluang untuk terus berkarya dalam ruang yang lebih luas dan terbuka.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mesran Mohd Yusop berkata, program Temasya Pendekar Maya 2021 ini merupakan salah satu usaha melestarikan kesenian silat
sebagai salah satu warisan tidak ketara yang telah mendapat pengiktirafan sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2019.

“Ini sekaligus menggambarkan kesungguhan jabatan bersama-sama penggiat dan pertubuhan seni bagi terus memainkan peranan aktif meskipun dalam musim pandemik di samping memupuk semangat motivasi menuju kecemerlangan.

“Antara matlamat utama Temasya ini ialah untuk memupuk perasaan cinta terhadap seni budaya berteraskan Warisan Pendekar Nusantara sekaligus meningkatkan jati diri masyarakat agar dapat menjadi manusia yang lebih berguna kepada bangsa dan negara di samping memelihara Warisan
Pendekar Nusantara agar tidak hilang dan pupus ditelan dek zaman seperti yang digariskan oleh Pengarah Program iaitu Dr. R.A Huzaifah bin Dato’ R.H Hashim, merupakan Ketua Urus Setia Program ini, Pengasas dan Ketua Umum Silat Grandmasters Association (SiGMA), Akademi PERANTARA serta
Naib Yang DiPertua Persekutuan Silat Negeri Melaka (PESAKA Melaka) “ dalam satu kenyataan rasmi beliau.

Bagi mendapatkan maklumat mengenai senarai program ataupun aktiviti yang dianjurkan sempena acara ini orang ramai boleh mendapatkannya di laman facebook Temasya Pendekar Maya atau Ketua Urus Setia Dr. Huzaifah 60189185074.

(Visited 331 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button