KesihatanRencah Hidup

Majoriti takut jumpa Doktor gigi

MENGGELETAR lutut kalau dibawa berjumpa doktor gigi. Ada yang takut sehingga sanggup menahan sakit gigi atau membiarkan sahaja gigi rongak.

Takut berjumpa dengan doktor gigi mungkin satu kelaziman dalam komuniti di negara ini sedangkan pada hakikatnya, tidak perlu gementar untuk bertemu janji dengan doktor gigi.

Jadual berjumpa doktor gigi ialah sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Itu untuk pemeriksaan gigi termasuk karang-karang gigi yang kuning melekat dicelah-celah gigi.

Ketidak prihatinan kita untuk berjumpa doktor boleh mendatangkan masalah kesihatan gigi termasuk gusi. Gusi yang sihat tidak berdarah ketika kita memberus gigi.

Andaikata gusi sudah berdarah, perlu lekas-lekas berjumpa dengan doktor gigi kerana punca gusi berdarah besar kemungkinan karang-karang gigi yang menekan.

Membersihkan karang-karang gigi juga dapat mengelakkan mulut berbau busuk. Bayangkan apabila kita bercakap dengan individu yang nafasnya busuk! Pasti ada yang nak termuntah.

Kata doktor gigi, penggunaan ubat gigi juga berbeza-beza kerana jika ada masalah gusi berdarah, doktor yang akan mengesyorkan jenis ubat gigi yang sesuai.

Ini termasuk ubat kumur-kumur untuk mematikan bakteria yang ada di dalam mulut ekoran gusi berdarah.

Jika langkah pertama menjaga gigi tidak diberikan perhatian, gigi-gigi kekal yang ada akan longgar dan seterusnya tercabut. Inilah masanya untuk memakai gigi palsu.

Gigi palsu bukan seperti gigi asal. Ia tidak selesa dan gigi yang jarang juga perlu diberikan perhatian. Dapatkan nasihat doktor untuk penggunaan pendakap gigi yang sekurang-kurangnya digunapakai selama dua tahun.

Pendakap gigi juga perlu dipantau oleh doktor gigi dan perlu dilakukan scalling iaitu mencuci karang-karang gigi.

Jaga kesihatan gusi dan berikut adalah punca gusi berdarah:
1-Malas gosok gigi membuatkan plak menutup gigi.

2-Memberus gigi atau gosok gigi dengan kuat.

3-Teknik flossing tidak betul.

4-Merokok

5-Kurang vitamin C dan K

Jaga gigi, jaga gusi, jaga kebersihan mulut. – SM

(Visited 625 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button