Berita

Wong Sai Wan lambang kewartawanan berkualiti – PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Wong Sai Wan yang meninggal dunia awal pagi ini.

Perdana Menteri menyifatkan mendiang seorang mentor yang hebat kepada ramai wartawan dahulu dan kini selain terkenal dengan kebaikan dan kerendahan hatinya.

“Datuk Wong Sai Wan yang saya kenal selama bertahun-tahun dan merupakan lambang kewartawanan berkualiti, akan terus dikenang.

“Ingatan dan doa saya bersama keluarga mendiang dalam masa sukar ini. Semoga rohnya tenang,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Wong Sai Wan meninggal dunia pada usia 59 tahun di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat Selangor, awal pagi tadi.


Mendiang meninggal dunia pada pukul 5 pagi dan perkara tersebut disahkan oleh anak mendiang, Wong Chee Mun.

Kata Chee Mun, bapanya mempunyai sejarah penyakit jantung dan angin ahmar dan dimasukkan ke hospital baru-baru ini kerana kurang sihat.

(Visited 22 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button