BeritaPolitik

Pakatan Nasional perlu demi kepentingan negara – Presiden Pas

Pas berharap Pakatan Nasional sekiranya menjadi kenyataan mampu membawa semula negara ke landasan betul dengan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan dilakukan kerajaan terdahulu.

Bagaimanapu kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika ini, masih terlalu awal untuk parti itu membuat satu keputusan dan memerlukan sedikit masa bagi memikirkan perkara tersebut.

“Pada dasarnya Pas menyokong Pakatan Nasional untuk menyatukan kuasa politik Melayu Islam yang paling utama. Dalam masa sama, konsep tidak meminggirkan masyarakat majmuk.

“Ini kerana kita melihat terdapat kecanggungan dalam Pakatan Harapan (PH) hari ini. PH dalam keadaan celaru, bukan sahaja sebuah pakatan yang rapuh bahkan tidak konsisten,” katanya dalam sidang akhbar di Kuala Terengganu hari ini.

Menurut Abdul Hadi, Malaysia perlu dipimpin oleh kuasa politik yang bertunjangkan Islam sebagai pemerintah memandangkan 69 peratus penduduknya adalah terdiri daripada orang Melayu.

Dalam masa sama jelas beliau, kepentingan masyarakat bukan Islam perlu dipelihara dengan adil.

“Sebab itu kita menyokong MCA dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai. Kita tiada masalah dengan orang bukan Islam yang tidak ekstrem,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, sokongan Pas terhadap Pakatan Nasional bagi memastikan nasib rakyat dan negara ini tidak terus menjadi mangsa kepentingan politik tertentu.

“Walaupun Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) berusaha mendapatkan sokongan, tetapi sokongan (diterima) tidak berapa kukuh.

“Perdana Menteri memerlukan satu dukungan yang kukuh, walaupun beliau mempunyai agenda sendiri tetapi banyak halangan berlaku. Ini mengorbankan rakyat, mengorbankan negara,” katanya.

Keadaan itu katanya, menyebabkan masalah rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup semakin meningkat, gagal diatasi dengan sebaik-baiknya selain pelabur juga kian berkurangan.

(Visited 466 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button