Berita

Hospital Sungai Buloh dijadikan hospital COVID-19

Status sebagai hospital penyakit berjangkit, kekal

MULA-MULA coronavirus dikesan di wilayah Wuhan, China, kerajaan negara republik itu dengan pantas mengarahkan agar dibina hospital khusus untuk pesakit COVID-19.

Kepantasan mereka membina sebuah hospital, tidak mengambil masa yang lama kerana ketika itu, keutamaan penambahan hospital adalah amat penting.

Susulan penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia, akhirnya Hospital Sungai Buloh dijadikan hospital khusus bagi merawat penyakit berjangkit.

Memetik laporan BERNAMA, Pakar Perunding Penyakit Berjangkit di hospital berkenaan, Dr. Suresh Kumar Chidambaram berkata, langkah menjadikan hospital itu sebagai sebuah hospital khusus COVID-19 adalah bagi memastikan segala kemudahan dan  persiapan yang diperlukan lengkap untuk menghadapi sebarang kemungkinan  di masa hadapan.

“Kami sedia maklum  bahawa hospital-hospital menghadapi masalah katil tetapi pengalaman di Sungai Buloh, kami telah menyelesaikan pengurusan katil.

“Tiada masalah kekurangan katil untuk pesakit COVID-19 di hospital ini,” katanya pada sesi libat urus antara Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan pengamal media.

Buat masa sekarang, Dr. Suresh berkata, tingkat empat dan lima hospital itu dikhususkan untuk pesakit COVID-19; masing-masing dengan 112 katil.

Sementara tingkat tiga pula dengan 14 katil, unit rawatan rapi (ICU) akan dikhaskan kepada mangsa COVID-19 yang serius dan memerlukan bekalan oksigen serta rawatan rapi.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham memberitahu, jabatan sedia ada dari dua tingkat yang dikosongkan, dipindahkan ke fasiliti perubatan berhampiran supaya Hospital Sungai Buloh boleh menumpukan sepenuhnya kepada penyakit berjangkit seperti kes-kes COVID-19.

Menjawab soalan media, apakah hospital untuk penyakit berjangkit di Sungai Buloh ini berstatus sementara sehingga wabak itu berakhir, ketua pengarah kesihatan itu berkata, terdapat permintaan disediakan hospital bagi penyakit berjangkit.

“Maka kami akan jadikan Hospital Sungai Buloh sebagai hospital untuk penyakit berjangkit yang kekal,” katanya.

Beliau berkata selain Hospital Sungai Buloh sebagai pusat perubatan yang dikhususkan untuk merawat kes COVID-19, Hospital Shah Alam dan Hospital Rehabilitasi Cheras turut memainkan peranan yang sama.  – SM

(Visited 501 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button