Bola SepakSukan

Wijnaldum sertai Barcelona?

GEORGINIO Wijnaldum dikatakan telahpun bersetuju dengan syarat perjanjian bagi menyertai Barcelona dari Liverpool, menurut satu laporan dari Sepanyol.

Wijnaldum menjadi topik spekulasi kebarangkalian dia bakal berpindah ke Nou Camp selepas pemain tengah itu kini memasuki tahun terakhir kontrak bersama Reds.

Ketua jurulatih Barca, Ronald Koeman dipercayai meminati pemain berusia 29 tahun itu, setelah Wijnaldum pernah bermain di bawah terajunya sewaktu bergelar bos skuad kebangsaan Belanda.

Bercakap tentang penyambungan kontrak antara Wijnaldum dan Liverpool, kedua-dua pihak masih mememui jalan buntu, walaupun pengurus Reds, Jurgen Klopp menegaskan, minggu lepas, dia tenang menghadapi situasi tersebut.

Namun, Wijnaldum kini bersetuju dengan terma yang diletakkan Barca yang sekali gus menyebabkan Liverpool perlu mencari pengganti bagi mengukuhkan skuad mereka, menurut Diario Sport .

Akhbar Sepanyol itu mendakwa, Wijnaldum telah bersetuju menandatangani perjanjian selama tiga tahun dengan kelab Catalan itu dan sedang berunding berhubung yuran perpindahan bersama juara Liga Perdana Inggeris tersebut yang dipercayai sekitar 13 juta hingga 18 juta pound (RM72 juta hingga RM100 juta).

Barcelona telahpun menandatangani Miralem Pjanic, tetapi Koeman masih perlu mengukuhkan skuad bimbingannya, dengan Arthur serta Ivan Rakitić masing-masing bakal berpindah ke Juventus dan Sevilla manakala Arturo Vidal turut berhasrat meninggalkan kelab itu.

Wijnaldum menjadi tonggak Liverpool sejak menyertai kelab itu dari Newcastle dengan yuran perpindahan 24 juta pound (RM133 juta) pada 2016, setelah membantu Reds memenangi Liga Juara-Juara, tahun lalu, merangkul Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA, serta Liga Perdana pada tahun ini.

Bagaimanapun, ekoran ketiadaan kemajuan dalam rundingan kontrak baharu dengan pemain antarabangsa Belanda itu, maka masuk akal jika Reds menjual sahaja Wijnaldum bagi mendapatkan wang tunai berbanding kehilangan khidmatnya secara percuma apabila kontrak berakhir dalam tempoh setahun lagi.

Jika Wijnaldum meninggalkan Liverpool maka tidak diragui lagi Reds perlu segera mendapatkan tanda tangan Thiago Alcantara dari Bayern Munich. – Daily Mirror UK – SM

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button