fbpx
Sukan

Bekas pemain kebangsaan Ramli Abdullah meninggal dunia

BEKAS pemain kebangsaan dan Kelantan era 80an Ramli Abdullah, 68, meninggal dunia di kediamannya pada pukul 11.30 pagi tadi.

Pegawai Media Persatuan Bekas-bekas Pemain Bola Sepak Kelantan Era 80an (Era80) Padli Salleh berkata Allayarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Laut, Tumpat, akibat sakit jantung.

“Allahyarham pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan pada kejohanan Sukan SEA di Jakarta, Indonesia pada 1978, dan bermain di posisi sayap kiri.

“Allahyarham diserang angin ahmar sejak beberapa tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Padli berkata antara rakan pasukan yang pernah bermain bersama Allahyarham ialah Affendi Yusoff, Mohd Hashim Mustafa, Zahasmi Ismail, Salim Mahmud, Irfan Bakti Abu Salim, Abdul Hamid Ramli, Nik Salleh Nik Man, Allahyarham Mahadi Yusof, Yassin Mohd Noor dan ramai lagi.


Beliau berkata jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Laut selepas Asar tadi.

Sementara itu Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pemergian Allayarham satu kehilangan besar kepada bola sepak negara, khususnya Kelantan.

“Kami mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allayarham yang membantu menyumbang idea kepada bola sepak Kelantan, sama ada secara langsung atau tidak,” katanya. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button