fbpx
Hiburan

Isteri Will Smith bercinta dengan lelaki muda?

Baru-baru ini muncul khabar angin yang mengatakan isteri kepada Will Smith, Jada Pinkett sudah berhubungan intim dengan seorang lelaki muda.

Hubungan itu didedahkan sendiri lelaki muda tersebut, August Alsina yang berkata dia sedang bercinta dengan Jada Pinkett.

Menurut Alsina, walaupun mereka mempunyai jarak usia yang jauh iaitu 27 dan 48 tahun, itu bukan penghalang buatnya untuk jatuh cinta.

Menurut laporan portal hiburan Page Six, Alsina mua berkenalan dengan Pinkett pada tahun 2015 dan mula berkawan rapat sejak pertemuan itu.

Alsina juga berkata yang dia dan keluarga Smith sempat berhiburan sesama ketika hadir ke Anugerah BET pada 2017.


BACA> Bukan glamor yang saya kejar – Haridz

“Saya benar-benar cinta pada Pinkett dan telah menyerahkan segala rasa kasih padanya,” kata Alsina.

Namun, jurucakap Pinkett dalam satu kenyataan memberitahu bahawa apa yang diperkatakan oleh Alsina adalah tidak berasas sama sekali.

Pinkett dan Smith sudah lebih dari dua dekad mendirikan rumah tangga sejak tahun 2017.

Sepanjang tempoh itu, pasangan ini sudah dikurniakan dua oragn cahaya mata yang kini meningkat dewasa iaitu Jaden Smith dan Willow Smith.

Pinkett juga belum memberikan sebarang komen antara hubungannya bersama dengan Alsina.

BACA> 10 tahun kerja baru dapat beli kereta

Namun, dalam sebuah wawancara, Pinkett sempat bercerita mengenai soal bagaimana hubungannya bersama dengan Smith masih kekal utuh hingga kini.

Pinkett memberitahu yang salah satu cara untuk hubungan kekal lama ialah dengan memberi kebebasan sepenuhnya terhadap apa sahaja yang pasangan ingin lakukan.

“Smith dapat melakukan apa yang dia inginkan dan begitu juga dengan saya. Tiada halangan daripada kami berdua.

“Cuma kami kebebasan itu harus disertai dengan kepercayaan dan jangan sesekali mengkhianati kebebasan yang sudah dipersetujui bersama,” jelasnya. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button