Politik

Warisan nafi dakwaan ADUN Sebatik dipaksa bersumpah

PARTI Warisan Sabah (Warisan) menolak dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir bahawa dia terpaksa bersumpah setia kepada parti itu sebelum boleh menjadi calon pilihan raya.

Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua Jr berkata, Hassan, yang meninggalkan Warisan dan berjanji akan menyokong Gabungan Rakyat Sabah minggu lalu, menandatangani surat itu dan mengangkat sumpah atas kehendaknya sendiri.

Katanya, semua orang, termasuk Hassan, tahu alasan pemilihan raya negeri diadakan tahun lalu kerana terdapat ADUN berpaling dari aprti pemerintah yang dipimpin Warisan hinga memaksa Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

“Semua orang marah, termasuk Hassan sendiri, jadi itu sebabnya mengapa semua orang ingin membuktikan kesetiaan mereka dengan sumpah dan menandatangani surat dilakukan.

“Tidak ada paksaan, tidak ada perkara seperti ini jika anda tidak menandatangani anda tidak akan menjadi calon.


“Jadi mengapa sekarang dia mengatakan dia dipaksa?” Katanya seperti yang dipetik dari Free Malaysia Today.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal semalam mengatakan bahawa Hassan membuat janji dan menandatangani dokumen taat setia kepada Warisan di hadapan peguam parti sebelum pilihan raya negeri tahun lalu.

Satu video mengenai Hassan bersumpah setia juga ditunjukkan kepada pemberita selepas pertemuan Warisan yang dihadiri oleh semua Ahli Parlimen dan Adunnya semalam.

Dalam video bertarikh 10 September tahun lalu, Hassan telah berjanji untuk menyerahkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Sebatik kepada gabenor Sabah dan dewan undangan negeri jika dia menukar parti.

(Visited 59 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button