BeritaNasional

Ulama, ustaz perlu bangun tentang perbuatan Sajat

SEORANG penceramah bebas menggesa para ulama, mufti dan ustaz di negara ini supaya bangun menentang ‘kejahatan’ yang dilakukan jutawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 35.

Abdullah Khairi Haroon dalam satu ceramah yang diadakan di Pulau Pinang berkata, perbuatan Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat adalah jelas sengaja mahu menghina Islam.

Katanya, beliau bimbang sekiranya keadaan itu dibiarkan, Allah SWT akan menurunkan bala yang mengakibatkan semua pihak terkena kesannya.

“Ini bab hukum. Ini akhir zaman, dia nak pergi Mekah tak apa pergilah. Yang tak tahan dia selfie depan Kaabah pakai telekung.

“Dia nak tunjuk apa kat orang Malaysia? Hang pa (awak) tengok aku mai (datang) Mekah depan Kaabah pakai tudung, Allah tak turun bala pun.

“Memang bala sekarang tak turun, tapi bila turun, semua kena. Sebab itu ulama-ulama, ustaz-ustaz bangun lah. Benda ini benda cukup dahsyat,” katanya.

BACA JUGA : Mufti gesa wujud undang-undang tangani isu seperti Sajat

Menurut Abdullah Khairi yang juga bekas jurutera, ‘kejahatan’ yang dilakukan Nur Sajat itu sebenarnya telah terakam di dalam surah as-Sajdah iaitu satu bentuk kesesatan yang melampau.

(Visited 607 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button