BeritaNasional

Mufti gesa wujud undang-undang tangani isu seperti Sajat

KERAJAAN perlu mengubal satu undang-undang jelas membabitkan isu lelaki mengubah diri mereka menjadi perempuan dan melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam agama.

Ketika mencadangkan perkara itu, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, ketika ini, tiada tindakan tegas boleh dikenakan terhadap golongan tersebut selain hanya diberikan nasihat.

“Kerajaan perlu mewujudkan satu undang-undang yang jelas bagi menangani isu ini supaya kita boleh mengambil tindakan tegas.

“Perbuatan mana-mana lelaki sengaja mengerjakan umrah dengan berpakaian wanita adalah jelas haram dan berdosa besar dalam Islam,” katanya kepada Suara Merdeka hari ini.

Baru-baru ini tular dalam media sosial seorang jutawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat mengerjakan umrah dengan bertelekung.

Baca juga: Polis Arab cari Nur Sajat

Baca juga: Isu Sajat: Mujahid tunggu tindakan SKMM dan Albayt Travel

Isu ini mewujudkan pertikaian dalam masyarakat sehingga ada yang menimbulkan persoalan mengapa tiada tindakan dikenakan terhadapnya.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, dalam Islam, seorang yang dilahirkan sebagai lelaki, walaupun telah melakukan pembedahan bagi membuang alat kelamin, tetap dikategorikan sebagai lelaki.

“Jika dia mengerjakan umrah, perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, sekiranya gagal, umrahnya tidak sah, haram,” katanya lagi.

Tegas Harussani, ibu bapa yang membiarkan anak-anak lelaki mereka berpakaian wanita, turut tidak terlepas daripada menanggung dosa.

Dalam masa sama katanya, beliau kecewa kerana isu membabitkan kelompok transgender ini telah berlarutan sejak sekian lama.

“Saya menghadapi perkara ini berpuluh tahun, kita jumpa mereka, beri ceramah dan sebagainya. Walaupun perbuatan mereka salah, tiada undang-undang untuk tindakan lanjut,” katanya.

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button