Politik

Gabungan Rakyat Sabah bakal ganti Warisan Plus – Muhyiddin

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir memberi sokongan kepada Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yang bertanding di kerusi DUN Sulaman. di pusat penamaan calon di Tuaran pagi ini memberitahu Gabungan Rakyat Sabah bakal menggantikan Warisan Plus sebagai kerajaaN negeri.

Katanya, pemiliihan nama itu sudah dipersetujui oleh semua sekutu mereka pada pertemuan semalam.

Gabungan itu terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Bercakap kepada kira-kira 500 penyokong Bersatu, Muhyiddin berkata, semua parti di bawah PN bertanding di 73 kerusi bertujuan untuk menggantikan Warisan Plus sebagai kerajaan negeri.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tuaran Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Kata Muhyiddin, semua sekutu mereka telah bertemu semalam dan sepakat menamakan pakatan  mereka sebagai Gabungan Rakyat Sabah.

“Semalam, kita bertemu semua pihak dan mereka sepakat untuk berjuang, kita bangunkan dan lindungi (rakyat Sabah).

“Saya ingin mengumumkan bahawa keputusan telah diambil dalam satu mesyuarat penting, iaitu untuk menamakan pihak-pihak yang ada bersama perjuangan sebagai Gabungan Rakyat Sabah,” katanya.

Semalam Muhyiddin telah mempengerusikan majlis perjumpaan bersama Kepimpinan Parti Sabah di Kota Kinabalu dengan kehadiran seramai 27 orang pemimpin tertinggi parti-parti di Sabah yang turut dihadiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kata Muhyiddin, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan  dan memenangi pilihan raya negeri agar dapat membawa pembangunan ke Sabah.

Dalam ucapan itu beliau memberi gambaran bagaimana gabungan yang baru dibentuk itu boleh mengambil alih pemerintahan negari.

Katanya, Bersatu dan PN perlu bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam BN.

Muhyiddin juga mengingatkan orang ramai untuk memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal mereka.

Selepas ucapannya, Muhyiddin kemudian meneruskan jadual seterusnya mengunjungi pasar ikan berhampiran.

Sementara Hajiji  menuju ke Dewan Seri Sulamam Tuaran, pusat penamaan calon untuk Sulaman.

Hajiji, seorang wakil rakyat DUN Sulaman selama tujuh tahun akan mempertahankan kerusi tersebut. – SM

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button