fbpx
Politik

Jenis kaki report – Najib

AHLI Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selepas Presiden Warisan itu melaporkan kehadirannya di Sabah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Najib berkata, tindakan Shafie itu tidak ubah seperti seorang kaki report kepada guru di sekolah.

Errr. Korang ni. Macam stalker pulak. Dah start dah. Najib Najib Najib.

“Cikgu cikgu! Najib kat kantin lagi!” “Cikgu cikgu! Najib belum masuk kelas!”, “Cikgu cikgu! Najib di padang!” perli Najib kepada Shafie.

Shafie yang juga calon Warisan di kerusi Dewan Undangan Negeri Sandakan pagi ini menghubungi Dr. Mahathir untuk memberitahu situasi penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sabah yang berlangsung hari ini.


Bagaimanapun perbualan beliau dengan Dr. Mahathir itu direkod oleh wartawan yang turut berada di situ.

Dalam rakaman video itu kedengaran Shafie memberitahu Dr. Mahathir bahawa Najib juga telah berada di Sabah untuk berkempen.

“Dalam dua hari selepas penamaan calon ini, Najib di Tawau…dia kempen,” adu Shafie kepada Dr. Mahathir.

Rakaman perbualan itu tular di media sosial pagi ini.

“Adeh. Korang ada kawan macam ni kat sekolah dulu? Jenis kaki report, pengawas sekolah,” kata Najib.-SM

 

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button