MahkamahNasional

Lelaki warga Indonesia didakwa cederakan remaja perempuan

SEORANG lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai pekerja penyelenggara elektrik di sebuah pusat jagaan anak yatim didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mencederakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, bulan lepas.

Tertuduh, warga Indonesia, Zainal Abidin, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada dua orang anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa di sebuah pusat jagaan di Lembah Jaya Selatan, pada jam 4 petang, 22 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum setahun atau boleh denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhidayah Abdullah Sani membantah wang jaminan diberikan kepada tertuduh atas alasan dikhuatiri menganggu saksi pendakwaan yang tinggal di pusat jagaan itu.

“Mangsa tidak tinggal di rumah itu tetapi pendakwaan bimbang tertuduh yang bekerja di pusat jagaan itu akan menganggu saksi pendakwaan yang lain.

“Oleh itu, tiada wang jaminan ditawarkan. Sekiranya mahkamah ini menggunakan budi bicara untuk memberikan jaminan, syarat tambahan perlu dikenakan iaitu melapor diri di balai polis berhampiran dan pasport diserahkan kepada mahkamah,” katanya.

Peguam yang mewakili tertuduh, Wan Nur Afifah Che Bakar memohon wang jaminan diberikan kepada tertuduh atas alasan dia hanya bekerja di pusat jagaan itu dan tidak tinggal di situ.

“Mohon jaminan paling minimum dan munasabah diberikan kerana tertuduh menanggung isteri yang tidak bekerja dan dua anak berusia sembilan bulan dan lima tahun.

“Tertuduh juga mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan berdaftar di bawah program rekalibrasi (tenaga kerja),” katanya.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Amalina Basirah kemudian membenarkan jaminan RM4,000 dengan dua penjamin tempatan dan syarat seperti diminta pihak pendakwaan.

“Tertuduh juga tidak dibenarkan mendekati saksi pendakwaan sehingga kes selesai,” katanya.

Sementara itu, di mahkamah majistret berasingan, Zainal turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tinggal di negara ini melebihi tempoh sah selama lebih lima bulan dari tarikh tamat tempoh masuk ke Malaysia pada 1 Mei lalu.

Kesalahan itu dilakukan di lokasi sama, pada 5.05 petang, 26 Oktober lalu dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta sama.

Majistret Normaizan Rahim membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 selain turut mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap 2 haribulan.

Mahkamah menetapkan 9 Januari depan bagi sebutan semula kedua-dua kes. – SUMBER MYMETRO – SM

BACA Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia direman “pukau” suri rumah

BACA Tiga lelaki termasuk warga Indonesia didakwa menipu

(Visited 17 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button