Nasional

972 sembuh, 957 kes baharu semua jangkitan tempatan

JUMLAH pesakit sembuh dan kes baharu hampir sama banyak hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 972 kes sembuh dengan Sabah mencatatkan bilangan pesakit sembuh paling tinggi iaitu 658 kes, diikuti Selangor (112 kes); Negeri Sembilan (91 kes) dan
Kedah (41 kes).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sebanyak 972 kes baharu dikesan dengan kesemua kes adalah jangkitan tempatan.

Sabah mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 644 kes, diikuti Selangor (225 kes) dan Pulau Pinang (23 kes).

Sebanyak 80 kes (8.36 %) berkaitan pusat tahanan sementara dan penjara yang terdiri daripada Pusat Tahanan Sementara Tawau (54 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (14 kes), Kluster Penjara Kepayan (6 kes), Kluster Benteng LD (3 kes) dan Kluster Rumah Merah (3 kes).

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah 10,036 kes.

Sehingga kini, terdapat 97 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 249 kes,” kata Dr. Noor Hisham.

Dua kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Usaha dan KLuster Tembaga.

Kluster Usaha melibatkan daerah Klang dan Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30697) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 30 Oktober 2020.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 16 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 1 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif Covid-19, lima individu dikesan negatif dan tiga individu masih menunggu keputusan.

Kluster Tembaga pula melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29359) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan Severe Acute Respiratory Infections (SARI) pada 28 Oktober 2020.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 1 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 69 individu telah disaring di mana tujuh kes dikesan positif Covid-19, 13 individu dikesan negatif dan 49 individu masih menunggu keputusan.-SM

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button