Politik

Kenapa lantik Najib sebagai Pengerusi BNBBC? – Kit Siang

AHLI Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dilihat terus menyemai rasa benci terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hal demikian dapat dilihat menerusi kenyataan yang disiarkan dalam blognya hari ini mempersoalkan pelantikan Najib Razak sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC).

Katanya, pelantikan Ahli Parlimen Pekan itu tidak patut kerana mempunyai kes yang sudah pun dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi.

Melalui dakwaan itu juga, pelantikan Najib Razak tidak sepatutnya diiktiraf oleh Parlimen kerana Kit Siang mendakwa beliau terpalit dengan pelbagai isu integriti.

“Pada Ahad lalu, saya dilapor Najib Razak dilantik sebagai Pengerusi BNBBC.

“Saya membalas dan meminta Parlimenn tidak mengiktiraf pelantikan Najib kerana akan memalukan Parlimen Malaysia.

Parlimen Malaysia akan dimalukan

“Saya kata pelantikan Najib Razak benar-benar mengejut dan memalukan. Ini menunjukkan UMNO, MCA dan MIC jauh daripada prinsip integriti dan anti-rasuah.

“Ini langsung tak boleh diterima kerana pelantikan beliau dibuat tiga bulan selepas dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta kerana rasuah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.”

Demikian kata veteran DAP itu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam blognya hari ini.

Beliau berkata demikian mempersoal pelantikan Najib menjelang persidangan Dewan Rakyat yang bermula semalam dan pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat (6 November) ini.

Tambah Kit Siang, Najib Razak tidak patut diberi jawatan itu memandangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) rakyat membuat keputusan jelas terhadap bekas Presiden UMNO itu.

Desak Najib beri penjelasan

Oleh demikian, beliau mendesak Najib Razak bagi menjelaskan pelantikannya sebagai Pengerusi BNBBC dalam tempoh 24 jam.

Katanya, jika beliau masih berdiam diri, rakyat Malaysia yang tidak mahu negara terpalit dengan isu kelptokrasi dan dimalukan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu bangkit.

“Walaupun beliau berdiam diri selepas 48 jam dilantik, saya memberi Najib Razak 24 jam lagi untuk menjelaskan pelantikannya.

“Ini kerana, jelas pelantikan beliau merupaka satu penghinaan kepada maruah dan reputasi Parlimen dan langsung tidak boleh diterima,” desaknya.

Kit Siang tak perlu takut dengan Najib

MOHD. PUAD ZARKASHI. – Gambar SINAR HARIAN

Bagaimanapun, kenyataan tersebut seolah-olah menunjukkan bekas penasihat DAP itu takut dengan Najib Razak yang juga bekas Pengerusi BN.

Sebelum ini Suara Merdeka memetik kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, menempelak dakwaan dan desakan Kit Siang.

Menurut Mohd. Puad, Kit Siang patut berasa malu dengan kes rasuah membabitkan anaknya Lim Guan Eng.

Tambah beliau, Kit Siang tidak sepatutnya takut kepada pelantikan tersebut kalau ada ‘kejujuran politik’. – SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button