NasionalPolitik

Lima teras, 103 inisiatif jadi manifesto BN di PRN Melaka

Lima teras, dengan 103 inisiatif menjadi manifesto yang diketengahkan Barisan Nasional di PRN Melaka.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan merangkap Pengarah PRN Melaka berkata,  lima inisiatif tersebut adalah mengekalkan kestabilan politik dalam agenda politik matang, merealisasikan ekonomi baharu, kominted meningkat tadbir urus kerajaan, memelihara keharmonian bersatu padu dan agenda untuk menjayakan pembangunan mapan.

“Kita tidak beri janji manis kepada rakyat, namun manifesto ini kita percaya mampu dilaksanakan kerana ia bersifat realistik.

“Manifesto ini berpijak kepada bumi nyata, berpijak kepada keperluan rakyat. Hal ini kerana BN mempunyai pengalaman luas, rekod pencapaian cemerlang.

“Maka perjuangan kami berpaksikan kestabilan politik dan komited untuk meneruskan agenda negeri untuk kesenangan rakyat,” katanya.

Manifesto  bertemakan ‘Melaka Lima Tahun’ itu juga mencadangan pelantikan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tambahan.

Katanya, langkah itu membolehkan pelantikan ADUN dalam kalangan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ia menggambarkan kesediaan kerajaan BN untuk mendengar suara semua pihak.

“BN kena menang dua pertiga, barulah boleh meminda Perlembagaan untuk melaksanakan cadangan ini,” katanya dalam ucapan pelancaran manifesto BN hari ini.–SM

 

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button