MahkamahNasionalNegeri

Wanita mengaku tak bersalah simbah anak dengan air panas

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, atas tuduhan menyimbah air panas terhadap anaknya tahun lalu.

Harian Metro melaporkan tertuduh berusia 37 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Difahamkan, kejadian itu disebabkan tertuduh berang dengan anak keduanya yang menghabiskan data internet telefon bimbitnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dengan menyimbah air panas ke arahnya di sebuah rumah di Sungai Udang kira-kira jam 2.56 pagi, 27 Jun 2022.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326 A kanun sama memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nazrin Ali Rahim memohon jaminan tidak diberikan atas faktor tertuduh tinggal bersama mangsa di rumah sama selain tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 26 Oktober ini untuk tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. – SM

BACA Pelajar berusia 13 tahun tunggang motosikal ibu ditahan JPJ Perlis

 

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button