Nasional

Diskaun 2 peratus bil elektrik, jauhi pemimpin DAP, kata Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan wajar mempertimbangkan diskaun 2 peratus bagi bil elektrik domestik.

Menurut beliau, nilai itu tidak seberapa, tetapi dalam situasi negara dilanda wabak COD-19 ia meringankan bebanan rakyat.

Dalam pada itu beliau juga mengajak masyarakat supaya tidak panik.

“Yang diumumkan tadi adalah “perintah kawalan pergerakan” dan bukan “perintah berkurung”.

“Jika nak beli makanan, barang farmasi atau barang dapur, kedai masih dibuka.

“Astro dan internet masih berjalan. Pengangkutan awam tak dihentikan. Minyak masih boleh isi,” katanya.

Kata Najib, walau dibenarkan, kurangkan keluar rumah jika tiada keperluan mendesak.

“Cuba untuk jarakkan diri dari orang luar rumah pada tempoh ini.
(terutamanya dengan pemimpin DAP kerana ada seorang ahli parlimen mereka yang dah sah positif),” katanya.

“Dua minggu sahaja. Saya pasti kita semua boleh bertahan demi keselamatan dan kebaikan negara tercinta.

Dalam pada itu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan demi kepentingan diri sendiri, keluarga, rakyat keseluruhan dan negara ini.

(Visited 562 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button