Hiburan

Wanita ini tuduh Blackpink tiru gaya solekannya

RUPANYA unsur plagiat (tiru) bukan sahaja ada dalam penulisan dan muzik, tetapi juga melibatkan unsur solekan.

Bayangkan gaya solekan di bahagian mata yang boleh disolek dengan pelbagai gaya dan warna pun boleh ada unsur-unsur plagiat.

Itulah yang diluahkan seorang wanita dari Birgmingham, England yang menuduh gaya solekan pada matanya telah dicuri oleh Jenny Blackpink.

Wanita tersebut, Nushafarin menerusi akaun Instagramnya, nush.mu berkata, solekan di bahagian mata itu sudah dibuat sejak Februari lalu.

Namun, mekap artis yang membuat solekan untuk Jennie bagi kemunculan semula Blackpink nampaknya telah mengambil gaya solekan tersebut tanpa memberi sebarang kredit kepada Nushafarin.

“Saya dah cuba untuk hubungan agensi pengurusan Blackpink, YG Entertainment dan mekap artis, Maeng, namun kedua-duanya tidak berhasil,” katanya.

Menerusi perbezaan antara dua gaya solekan tersebut, memang nampak bahawa Maeng terinspirasi dengan hasil kerja Nushafarin.

Sementara itu, kumpulan peminat Blackpink iaitu Blink turut memberi sokongan terhadap Nushafaren untuk terus berkarya.

Menerusi ruangan komen tersebut, Blink berpendapat Blackpink tidak terlibat dengan kontroversi plagiat ini sebaliknya ia adalah salah faham melibatkan dua juru mekap.

Blackpink dijadualkan membuat kemunculan semula dengan single terbaharu mereka pada 26 Jun ini dan pelbagai teaser serta poster sudah dikeluarkan yang mendapat sambutan positif peminat. -SM

(Visited 504 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button