HiburanPendidikan

Teater muzikal ‘Ala Lib Ala Lob’ dipentaskan KPSK UiTM

KOLEJ Pengajian Seni Kreatif (KPSK) Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal menganjurkan pementasan teater muzikal kanak-kanak pada 28 Januari ini di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam.

Kira- kira 100 pelajar pengajian Seni Persembahan dengan beberapa sekolah akan menjayakan pementasan bertajuk ‘Ala Lib Ala Lob’.

Antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, SK Taman Tun Dr. Ismail Jaya, SK Jalan U3, SK USJ 12, SK Bandar Anggerik, SK Seksyen 13 dan  SK Seksyen 19.

Pengurus Publisiti produksi, Nik Muhammad Mu’izzuddin Nik Aizan berkata, pementasan dibahagikan kepada dua sesi iaitu matinee pada pukul 3 petang dan 8.30 malam.

“Teater muzikal kanak-kanak ini arahan bersama Prof Madya Aminah Rhapor dan Noor Hashimi Hassan.

“Orang ramai dijemput hadir menyaksikan persembahan Teater Muzikal Kanak-kanak Ala Lib Ala Lob dengan RM5 sebagai sumbangan,” katanya.

Teater muzikal kanak-kanak ini merupakan penilaian akhir bagi penuntut yang mengikuti Diploma Teater semester satu dan tiga serta pelajar Ijazah Sarjana Muda Teater Sinografi.

Penganjuran produksi Teater Kanak-kanak Muzikal Ala Lib Ala Lob merupakan program di bawah bimbingan dan nasihat Ketua Pengajian Seni Persembahan, Dr. Norzizi Zulkifli.

Para pensyarah lain yang terlibat ialah Mohd. Kamil Zulkepeli, Amandus Paul Panan, Hamzah Tahir, Khairul Anuar Zainudin dan Na’im Syahrazak Mohd. Zain.

Untuk makluman, persembahan teater ini berdurasi 1 jam 20 minit mengisahkan persengketaan dua kerajaan kelip-kelip.

Skrip pementasan teater merupakan karya asal Noor Hashimi Hassan.

Sebarang pertanyaan termasuk urusan tempahan tiket bolehlah menghubungi talian 017-8826063 (Syarifah) dan 017-5575708 (Aneesa). – SM

(Visited 517 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button