Hiburanpilihan

Wani Comel meninggal akibat Covid-19

Gadis obesiti viral, Wani Comel, 24, dikhabarkan telah meninggal dunia kira-kira pukul 9 dimaklumkan telah meninggal dunia pada pukul 9 malam semalam akibat Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh menerusi akaun Instagram arwah Wani yang dikendalikan oleh ahli keluarganya.

“Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau Wani Comel dah kembali ke Rahmatullah pada jam 9 malam tarikh 18 Ogos 2021.

“Wani pergi pada hari yang sama anak saya meninggal. Mereka berdua meninggal disahkan COVID-19. Allahuakbar Allahuakbar

“Sayu hati saya dua insan yang saya sayangi telah pergi hari yang sama.


“Saya mohon pada semua rakan rakan sedekahkan Al-Fatihah untuk Wani Comel dan Putri Nur Rabiatul Nabihah,” katanya.

Untuk rekod, arwah Wani sebelum ini tular kerana masalah berat badan yang mencecah 300 kilogram hingga tidak mampu berjalan.

Selepas itu, Wani juga terus menjadi tumpuan selepas dirinya tertipu dan diperalat oleh seorang jutawan kosmetik. -SM

(Visited 1,718 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button