Jenayah

Viral Nilai: Dah kena, menimbulkan kegusaran

Pihak polis menegaskan Nilai 3 merupakan kawasan dalam pentadbiran Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak di dalam Selangor.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, sehubungan itu polis turut memulakan satu siasatan berhubung kenyataan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook N9 Radar yang boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang awam.

“Pihak polis menegaskan Nilai 3 merupakan kawasan dalam pentadbiran Ibu pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak dalam Selangor.

“Pemilik akaun Facebook N9 Radar dikehendaki hadir ke IPD Nilai untuk memberi keterangan (berhubung kenyataan dalam Facebooknya),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Fazley, siasatan terhadap kenyataan diklasifikasikan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang menyebabkan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkajan perkhidmatan.


Pemilik akaun Facebook N9 Radar itu didapati membuat hantaran yang memaparkan satu gambar dengan mesej ‘Nilai 3 terletak di negeri Selangor Darul Ehsan’.

Hari ini tular di media sosial apabila netizen mendakwa kononnya Nilai 3 berada di bawah negeri Selangor dan bukan di bawah pentadbiran Negeri Sembilan.

Ia menjadi bahan sindiran untuk mempersoalkan tindakan selebriti, Noor Neelofa Mohd. Noor yang merentas daerah ke Nilai 3 pada 2 Mei lalu tetapi tidak dikenakan tindakan.

(Visited 147 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button