Sukan

UPSI ungguli MASUM Fasa Satu Kategori Silat

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya rangkul dua pingat emas, empat perak dan satu gangsa, mengungguli Karnival Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa Satu kategori silat.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff turut menzahirkan rasa bangga beliau dengan kejayaan diperlihatkan oleh pesilat-pesilat UPSI yang seringkali memberi pencapaian dan kejayaan dalam pertandingan silat MASUM dan peringkat nasional.

Karnival yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Jumaat lalu menyaksikan peserta kategori Regu Putri iaitu Rabiatul Adawiyah Mohd Hisam, Nurfadhilah Wani Jipin serta Iffah Maisarah Mustafa Kamal merangkul pingat emas.

Pingat emas UPSI juga disumbang oleh kategori Ganda Puteri menerusi peserta Putri Nur Syifaa Azahari, serta Siti Khairiz Wanie Abdol Razak.

Selain itu, Mohamad Fikri Ahmad, dan Muhamad Abdul Faliq Ardi  dari kategori Ganda Putera turut menyumbang pingat emas, manakala peserta Solo Putera, Nur Izzat Ismail berjaya merangkul pingat perak.

Norkhalid (berdiri tengah) bersama pasukan pesilat UPSI yang gembira dengan kemenangan yang diraih sempena kemenangan mereka di Universiti Malaysia Pahang.

Pingat perak turut disumbang oleh peserta Solo Puteri, Jasnita Jainal Abidin dan peserta kategori Tunggal Putri Nur Syahirah Azahari.

Pingat gangsa pula diraih peserta kategori Tunggal Putra, Muhammad Fitri Muqriddin Zailani manakala kategori Regu Putra menyaksikan peserta Muhammad Sulaiman Saad,  Nik Farid Farhan Nik Selahuddin dan Mohamad Faris Mad Nasir dengan menduduki tempat keempat .

UPSI menghantar 14 atlet di bawah pengendalian juru latih Nur Jannah Alias, manakala Amir Izzuddin  Azhar bertindak sebagai pengurus.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Norkhalid Salimin berkata UPSI memiliki atlet silat yang pernah mewakili negara sekali gus mengharumkan nama UPSI di peringkat antarabangsa. – SM

(Visited 960 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button