Nasionalpilihan

UPSI tawar cenderamata khas sempena 100 tahun penubuhan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkenal dengan sejarah penubuhannya yang panjang dan nostalgik memberi peluang kepada orang ramai memiliki pelbagai cenderamata sempena sambutan 100 Tahun.

UPSI yang ditubuhkan oleh kesinambungan dari zaman Sultan Idris Training College (SITC), Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) serta Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI)  melahirkan ribuan graduan yang berkhidmat di dalam dan luar negara.

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Profesor Datuk Dr. Husaini Omar menganggap usaha institusi pengajian tinggi yang terletak di daerah selatan Perak itu sebagai inisiatif meraikan kemasyhurannya bagi memperkasakan jenama universiti yang sudah wujud sejak zaman pra-merdeka lagi.

“Sebagai sebuah pusat pengajian yang menjangkau seabad usianya, inisiatif mengeluarkan cenderamata pastinya bukan sahaja dapat mengukuhkan jenama universiti semata-mata malah meraikan nilai sentimental tersendiri kepada sesiapa sahaja  yang memilikinya terutama sekali kepada ratusan ribu alumni yang merentas era iaitu Sultan Idris Teachers College (SITC), Maktab Pendidikan Sultan Idris (MPSI), Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) sehinggalah penubuhan UPSI pada tahun 1997,” jelasnya ketika merasmikan pelancaran butik lounge pusat jualan cenderamata di Scholar’s Suite, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UPSI di Kompleks Akademik.

Antara barangan cenderamata yang dipamerkan untuk jualan.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, UPSI merintis inisiatif mewujudkan kedai cenderamata secara fizikal dan  online bagi memasarkan cenderamata UPSI untuk dijadikan kenangan yang bermakna buat warga, pelajar, alumni dan juga pelawat.


Md Amin tertarik dengan konsep penjualan cenderamata yang terdapat di universiti ternama seperti  Harvard University, Massachusetts Institute of Technology, University of Cambridge serta Oxford University.

“UPSI menampilkan koleksi cenderamata antaranya berupa topeng pelitup muka, rantai kunci, cawan, payung, pakaian, pelekat kereta dan banyak lagi dengan rekaan unik dan menarik beserta logo eksklusif sambutan 100 tahun.

“Selain daripada cenderamata kontemporari, turut ditampilkan  karya-karya eksklusif pensyarah Fakulti Seni Sains Industri Kreatif (FSKIK) antaranya DesignoKit Macrame (Dr. Nor Syazwani Mat Salleh), Bingkai gambar & rantai kunci potongan lazer (Prof Madya Dr. Abdul Aziz [email protected] dan Dr. Muhammad Fadhil Wong), karya berasaskan catan, lukisan (Dr. Elis Syuhaila Mokhtar), seni ukiran (Drs. Izani Mat Il) serta tembikar hasil karya Prof Tajul Shuhaizam Said.

“Beliau berkata masyarakat seharusnya tidak melepaskan peluang untuk memiliki  memilikinya sekali gus membantu universiti melaksanakan program kebajikan dan pembangunan universiti secara berterusan,” tambah beliau lagi.

Sementara itu Pengurus Besar UPSI Holding Sdn Bhd, Profesor Madya Dr Ramlee Ismail berkata, berikutan kemelut pandemik COVID-19, barangan cenderamata boleh dipesan secara dalam talian.

“Selain membuka ruang jualan butik lounge di Scholar’s Suite, Tanjung Malim, UPSI bekerjasama dengan membuka kedai secara dalam talian menerusi ‘UPSI Merchandise’ di laman web Shopee.

“Orang ramai juga boleh membeli-belah secara aplikasi WhatsApp dengan menghantar mesej ke talian +6019-447 4922 atau hubungi talian +605-448 1922 untuk maklumat lanjut,” tambah beliau lagi. -SM

(Visited 321 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button