Nasional

UPSI perkenalkan program atlit cemerlang

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkenalkan program “Atlit Cemerlang” dengan memilih 100 pelajar cemerlang sukan secara laluan khas ambilan diploma mulai semester satu sessi 2022/2023 .

Naib Canselor , Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata program itu menyediakan platform kecemerlangan sukan dan akademik kepada atlet sukan negara bagi membantu memacu kecemerlangan sukan negara.

“UPSI memperkenalkan struktur kemasukan khas kepada atlet cemerlang dengan syarat minimum dan jadual pembelajaran yang fleksibel bagi memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kecemerlangan sukan dan akademik,” katanya selepas menyerahkan bendera kontinjen UPSI kepada atlet yang akan mengambil bahagian sempena Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 yang akan berlangsung pada 12 hingga 21 Ogos ini.

Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff

Katanya, UPSI menjadi universiti awam yang pertama menyediakan Program Laluan Khas Atlet secara menyeluruh meliputi bidang sukan dan akademik yang berstruktur sebagai menyahut seruan kerajaan untuk memajukan mutu sukan negara.

Jadual atlit ini, katanya, disusun khas bagi membolehkan sesi latihan dilaksanakan diwaktu pagi dan petang, disokong dengan amalan sains sukan terkini dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI, manakala satu unit khas pembelajaran ditubuhkan bagi memberikan sokongan akademik yang sistematik kepada atlit terpilih ini.


Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Norkhalid Salimin berkata seramai 100 pelajar yang berpotensi sebagai perintis program itu mendaftar di Kolej Ungku Omar, Kampus Sultan Azlan Shah semalam dan bakal mengikuti program pengajian Diploma Sains Sukan dan Kejurulatihan selama dua tahun.

Md Amin bersama kontinjen UPSI yang bersedia bersaing pada SUKIPT 2022 yang akan berlangsung 12 hingga 21 Ogos di Kampus Sultan Azlan Shah.

“Pelaksanaan program laluan khas atlet ini melalui pemilihan calon atlet yang dikenal pasti melalui proses Talent Scouts oleh Jawatankuasa Task Force Kemasukan Atlet dengan kerjasama Sekolah Sukan Malaysia, Majlis Sukan Negeri, serta persatuan-persatuan dan kelab sukan seluruh negara,” katanya.

Katanya, pelajar yang terpilih adalah atlet berprestasi tinggi dan pelbagai kaedah pembelajaran yang bervariasi selain berkuliah secara teradun gantian (PTG) serta pelaksanaan aktiviti Service Learning Malaysi -University for Society (SULAM).

Konsep pembelajaran mereka, katanya , dilaksanakan seperti pelaksanaan di sekolah-sekolah sukan seluruh Malaysia, malah seorang penyelaras akan dilantik untuk memastikan perjalanan kuliah dan pelajar mendapat kebajikan sebaiknya.

“Selain itu dilaksanakan sistem sokongan akademik atlit dengan mengambil pelajar ijazah sarjana muda menerusi skim pelajar bekerja untuk membantu atlet turut memantapkan akademik mereka.

Prof Md Amin menyerahkan bendera kepada wakil kontinjen UPSI di Stadium UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah.

Beliau berkata bagi menjayakan program ini juga, pihak fakulti akan mencari atlit negara yang berkelayakan untuk diserapkan dalam Skim Pensyarah Pelatih “Bagi menyokong program ini juga, Skim Lantikan Jurulatih Sepenuh Masa termasuk Jurulatih Kecergasan dalam beberapa bidang sukan tumpuan seperti bola sepak, memanah, berenang, hoki, boling, yang akan memantau waktu latihan antara pukul 7.00 hingga 10.00 pagi dan pukul 5.00 hingga 7.00 malam bagi memastikan program berjalan sebaiknya.

Menurut beliau selain Jurulatih Kecergasan, akan dilantik juga Pegawai Psikologi dan Pegawai Fisioterapi bagi memastikan pelajar atau atlet berprestasi tinggi dapat dijaga kebajikannya sebagai seorang atlet.

(Visited 476 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button